Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau
kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama
tertentu.
Yang dimaksudkan dengan nada, rentak dan irama ialah:
Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama: alunan atau bentuk bunyi.
Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang
yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak
berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni
bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.
Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama Tarannum bi al-Quran kerana
bersempena sepotong hadis Rasulullah iaitu:
(ما أذن ال لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن. (رواه البخارى
"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada
nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".
ASAS ALIRAN TARANNUM
Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagulagu
asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”
1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.
Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani,
Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.
Asas Tarannum Aliran Misri
Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah
yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:
1. Al-Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.
Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam,
Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini
dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).
--> selanjutnya dan lebih terperinci dipelajari di kelas... ;)
No comments:
Post a Comment