Monday, 2 April 2012

Kelas Tarannum ;)

Alhamdulillah pada 1 april 2012 (ahad) kelas pertama untuk tarannum telah pun bermula. Ustaz Amirahman telah mendedahkan beberapa hadith berkaitan tarannum. Juga telah memberikan pengenalan tentang ilmu tarannum. SubhanAllah... ia sememangnya ilmu yang indah untuk dipelajari. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih ada generasi baru yang menyambung generasi terdahulu untuk menyampaikan ilmu tarannum ini. Semoga Allah meredhai... Amin...