Wednesday 12 December 2012

Kem Tarannum Al Quran 2012


Assalamualaikum w.b.t....

Sudah agak lama rasanya blog ini tidak di pernaharui isi kandungannya kerana sering tertumpu kepada Facebook kami di http://www.facebook.com/AZZAHHAR.QTC. Walaubagaimanapun, blog ini insyaAllah akan dimanfaatkan juga selari dengan Facebook kami tersebut dan akan diperbaharui sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rezeki & keizinanNya, Az Zahhar QTC telah melaksanakan KEM TARANNUM AL-QURAN yang diadakan pada 26 - 29 November lalu dengan kerjasama MADRASAH AL-IRSYAD, SINGAPURA.


Barisan Tenaga Kerja Kem Tarannum Al-Quran 26 - 29 November 2012
Berdiri (dari kiri) : Lyn, Kak Aishah, Maisarah, Siti, Shafeqah
Duduk (dari kiri) : Abg Ashrudy, Ustaz Za'aban

Kem ini adalah usaha keras sahabat-sahabat yang banyak membantu dan memberi idea-idea yang bernas bagi melancarkan lagi perjalanan program. Ia terdiri daripada Team Group Coordinator : Mohd Ashrudy Borhan, Ustaz Za'aban Zulkifli, Siti Aishah Mat Yusup, Siti Norezlin Saien. Tidak lupa kepada tenaga pengajar Madrasah, Cikgu Zulkifli M. Sa'ad yang telah sedaya upaya memastikan Kem Tarannum ini terlaksana.

Semoga program seperti ini akan berterusan dengan izin Allah s.wt & semoga dipermudahkan. Amin. InsyaAllah.


Az Zahhar Al Quran & Training Centre


Tuesday 12 June 2012

Aktiviti AZ-ZAHHAR AL-QURAN & TRAINING CENTRE



Aktiviti AZ-ZAHHAR AL-QURAN & TRAINING CENTRE :

1) KELAS TARANNUM ASAS (DEWASA) - (SUDAH PENUH)
- Dibimbing oleh Ustaz Amirahman Abas 
- Pukul 8.30 pagi - 10.00 pagi

2) KELAS TAJWID ASAS
- Dibimbing oleh Ustaz Zhafran Zainuldin
- Pukul 10.00 pagi - 11.30 pagi

3) KELAS TARANNUM ASAS (KANAK2 & REMAJA : 7 Tahun - 18 Tahun)
- Dibimbing oleh Ustaz syahrianshah Apin
- Pukul 11.30 pagi - 1.00 petang

4) KELAS TARANNUM ASAS (DEWASA)
- Dibimbing oleh Ustaz Wan Ainuddin Hilmi
- Pukul 2.30 petang - 4 petang

MASA KELAS : AHAD (1 KALI SEMINGGU/ 1 JAM SETENGAH)



YURAN PENDAFTARAN (SEKALI SAHAJA) : RM50 Sahaja

YURAN BULANAN :  Hanya RM65 Sebulan 

BUKU RUJUKAN DISEDIAKAN 

Monday 2 April 2012

Kelas Tarannum ;)

Alhamdulillah pada 1 april 2012 (ahad) kelas pertama untuk tarannum telah pun bermula. Ustaz Amirahman telah mendedahkan beberapa hadith berkaitan tarannum. Juga telah memberikan pengenalan tentang ilmu tarannum. SubhanAllah... ia sememangnya ilmu yang indah untuk dipelajari. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih ada generasi baru yang menyambung generasi terdahulu untuk menyampaikan ilmu tarannum ini. Semoga Allah meredhai... Amin...


Monday 19 March 2012

Pendaftaran Kelas Tajwid & Tarannum

Jom belajar TARANNUM dan TAJWID al-quran bersama Ustaz Amirahman Abas dan Ustaz Hasan Basri Hj Ali. PENDAFTARAN PENGAJIAN TAJWID DAN TARANNUM DIBUKA! hubungi urusetia shafeqah: 012 5138747 atau siti : 016 2365685 untuk pendaftaran. ;)


Thursday 5 January 2012

KELAS TAJWID

Assalamualaikum. kami akan memulakan kelas TAJWID di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail, Damansara insyaallah bermula 8 Januari 2012..pendaftaran boleh dibuat melalui urusetia di talian 012-5138747 (shafeqah) atau 016-2365685 (siti). Tenaga pengajar iaitu USTAZ AMIRAHMAN ABAS, merupakan Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2011. Semoga kita semua diberi kelapangan untuk menimba ilmu dan semoga Allah mengizinkannya... InsyaAllah...